Wahai Perempuan
Bila ada lelaki bersikap
baik padamu anggap saja itu perkara biasa
Sebab memang naluri seorang
lelaki bersikap baik pada perempuan
Bila bukumu jatuh dan dia
tolong ambilkan, itu normal.
Tak ada yang special. Jangan perasaan.
Bila bertemu dijalan dan
dia mengucapkan salam, bukan bermakna dia tertarik
tetapi dia sedang menjalankan sunnah.
Bila diantara kawan-kawan
mu hanya kamu yang disapa, jangan perasaan. Mungkin kebetulan
Cuma nama kamu
yang dia ingat. Kebetulan, Jangan penasaran.
Bila satu masa dia balas
chat kamu dengan emotion senyum atau gembira, bukan bermakna dia ada perasaan
dengan kamu, mungkin emotion itu sekedar untuk mencairkan suasana. cukup itu
saja. Jangan perasaan.
Kadang rasa kecewa itu
datangnya daripada kita sendiri sebab kita selalu keliru dalam mentasfir sikap
lelaki. Memang lumrah seorang perempuan mudah terbuai oleh perasaan
Oleh itu wahai lelaki, bila
ada perempuan yang bersedih.
Jangan kamu datang
untuk menghiburnya.jangan biarkan ia
perasaan . tak perlu tawarkan bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan
sesuatu kerja sendiri atau bila kawannya boleh membantu. Jangan biarkan dia
perasaan. Jangan bergurau dengannya soal hati.
Bergurau tentang perasaan
dengan seorang perempuan bukanlah sesuatu yang lucu. Jangan biarkan dia prasaan. Jaga kehormatan seorang
perempuan dengan tidak bersikap manis pada mereka kerana banyak perkara yang
tidak disengajakan boleh menyebabkan
mereka perasaan...