Minggu, 24 Juli 2016

Pesan pada Diri

Wahai Perempuan

Bila ada lelaki bersikap baik padamu anggap saja itu perkara biasa
Sebab memang naluri seorang lelaki bersikap baik pada perempuan

Bila bukumu jatuh dan dia tolong ambilkan, itu normal. 
Tak ada yang special. Jangan perasaan.

Bila bertemu dijalan dan dia mengucapkan salam, bukan bermakna dia tertarik  
tetapi dia sedang menjalankan sunnah.

Bila diantara kawan-kawan mu hanya kamu yang disapa, jangan perasaan. Mungkin kebetulan 
Cuma nama kamu yang dia ingat. Kebetulan, Jangan penasaran.

Bila satu masa dia balas chat kamu dengan emotion senyum atau gembira, bukan bermakna dia ada perasaan dengan kamu, mungkin emotion itu sekedar untuk mencairkan suasana. cukup itu saja. Jangan perasaan.
Kadang rasa kecewa itu datangnya daripada kita sendiri sebab kita selalu keliru dalam mentasfir sikap lelaki. Memang lumrah seorang perempuan mudah terbuai oleh perasaan

Oleh itu wahai lelaki, bila ada perempuan yang bersedih.
Jangan kamu datang untuk  menghiburnya.jangan biarkan ia perasaan . tak perlu tawarkan bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan sesuatu kerja sendiri atau bila kawannya boleh membantu. Jangan biarkan dia perasaan. Jangan bergurau dengannya soal hati.


Bergurau tentang perasaan dengan seorang perempuan bukanlah sesuatu yang lucu. Jangan biarkan  dia prasaan. Jaga kehormatan seorang perempuan dengan tidak bersikap manis pada mereka kerana banyak perkara yang tidak disengajakan  boleh menyebabkan mereka perasaan...

Abit Godang / Paroppa Simataan

Abit Godang / Paroppa Simataan Abit Godang atau Paroppa Simataan (Ulos Sadum) ialah selendang istiadat yang sering dipakai masyaraka...